- +

Collapse column Collapse column

 Clock SNC Team -



 Stats -

Total Members: 806
Total Posts: 12832
Total Topics: 1297
Total Categories: 18
Total Boards: 65

 Users online -

10 Guests, 0 Users

(2 Spiders)
 Google (Mobile)
 Google

Most Online Today: 17.
Most Online Ever: 95 (January 18, 2012, 05:53:47 PM)


 Top 10 Posters -

clay angel
Messages: 1113
banduan
Messages: 981
chilie
Messages: 884
taufique
Messages: 848
kherly
Messages: 726
ska
Messages: 610
Helmi
Messages: 590
tropper87
Messages: 558
merenx
Messages: 537
acai
Messages: 383

 News and NewsLetter -


 News -




Added to portal by Faithfully - March 22, 2012, 12:57:52 PM



Added to portal by Satria Neo Club Team - December 31, 2011, 02:08:00 AM


Menurut laporan BERNAMA kelmarin, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikhabarkan akan menggunakan kereta dengan transmisi automatik untuk menjalankan ujian memandu mulai pertengahan tahun depan iaitu Mei 2012. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ianya sudah dibincangkan sejak hujung tahun 2010 lagi, saya pernah menulisnya sebelum ini melalui post bertajuk Penggunaan kereta automatik untuk ujian memandu perlu dipercepatkan.

Pada dasarnya saya bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ianya memberi kemudahan kepada pemandu wanita dan golongan yang sudah berusia untuk mendapatkan lesen memandu secara mudah. Lagi pun kebanyakan daripada pemandu baru di negara kita lebih gemar memandu kereta automatik berbanding manual, jadi agak sia-sia belajar memandu kereta manual sedangkan selepas itu akan memandu kereta automatik dan terus terlupa bagaimana cara memandu kereta manual sehingga akhir hayat.

Bagi saya, kepuasan memandu kereta manual adalah berlainan berbanding memandu kereta automatik. Namun jika anda sebagai pemandu baru yang tiada alasan munasabah untuk memandu kereta manual, tidak perlu rasa rugi jika tiada kemahiran memandu kereta manual. Kereta manual sejak akhir-akhir ini sudah menjadi eksklusif untuk mereka yang mahu merasai sensasi pemanduan ala perlumbaan. Saya rasa bertuah kerana memiliki kemahiran memandu kereta manual, suatu kemahiran yang saya percaya akan pupus beberapa tahun dari sekarang.

Selepas ini sama ada anda mahu menjalani ujian memandu menggunakan kereta manual atau automatik, ianya terserah kepada empunya diri. Tetapi sayang kerana selepas itu anda hanya akan mendapat lesen yang melayakkan anda untuk memandu kereta automatik sahaja, anda tidak lagi layak memandu kereta manual. Apa pula pendapat pembaca Arena Kereta berkenaan isu ini? Adakah anda juga termasuk mereka yang tidak lagi tahu memandu kereta manual?



Added to portal by Satria Neo Club Team - December 30, 2011, 01:03:25 AM


26-27 November 2011 - Cameron Hihgland Haritage Hotel Pahang Sekali lagi Satria Neo Campro Team (SNCT ) telah mengadakan Malam gala dinner SNCT . Kali ini seramai 110 orang peserta termasuk ahli-ahli  sebanyak lebih kurang 75 buah kenderaan telah bertandang ke Cameron Highland Pahang. Penyertaan yang memberansangkan ini juga telah disertai oleh wakil rakan2 dari Johor (JNCT)

Pihak SNCT juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja iaitu Kakimotor, Unicorn, Verf Lubricant,Toms Sticker,Wazi motorsports ,dan tak lupa juga kepada penaja persendirian Abang Lon ,Manca

Program bermula dengan konvoi kenderaan dari Kawasan Rehat Sungai Buloh, Tanjung Malin dan Tapah yang berkumpul di hentian Tapah seawal jam 9.00 pagi Setelah mendengar taklimat konvoi berjalan lancar menuju ke Cameron Highland dengan diiringi oleh marshal – marshal yang telah dilantik yang telah diberi kebenaran oleh pihak pdrm dan disertakan sekali dengan permit konvoi dan mulai jam 10.00 pagi seterusnya konvoi bergerak terus menuju ke Cameron Highland  

Mulai jam 8.30 petang bermula acara yang ditunggu oleh para peserta iaitu majlis makan malam  pada malam ini.Para peserta telah dihidangkan dengan pelbagai makanan oleh pihak Hotel. Acara ini diserikan lagi dengan sedikit games, Penyampaian hadiah pada sebelah petangnya, pakaian tercantik lelaki dan wanita dan pelbagai cabutan bertuah yang telah disediakan untk para peserta.Tahniah pada semua peserta yang Berjaya dan bertuah. Majlis makan malam ini juga diselang seli oleh Persembahan oleh para peserta yang sudi menyemarakkan suasana. Acara malam ini berakhir pada jam 12.00 malam.

Walaupun keletihan, acara ini sudah pasti menjadi kenangan manis oleh para peserta dan para ahli SNCT yang mengambil bahagian,terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli yang mengambil bahagian dan juga pihak marshal yang mengiringi konvoi sehingga jayanya.




Added to portal by Banduan - December 08, 2011, 12:14:30 AM


Proton mencatatkan anugerah Malaysia Book Of Record kerana berjaya memenangi 8 pusingan utama dalam satu kejohanan iaitu rali APRC di mana Proton menjadi juara keseluruhan kategori pemandu dan pengeluar. Ini merupakan kejayaan yang amat bernilai untuk Proton demi pembangunan jenamanya.

Proton Satria Neo S2000 (atas) memang sebuah kereta rali yang mantap terima kasih atas kehebatan chassis dan handlingnya. Ini diakui sendiri oleh Atkinson, pemandu kereta ini di kejohanan APRC. Ia menggunakan enjin Waja 1.8l dari Renault yanh diubahsuai ‘bore’ dan ‘stroke’nya menjadi 2.0liter. Apa pun enjin Renault memang reliable cuma penyelenggaraannya masih kurang di negara kita kerana sudah berdekad dikuasai oleh enjin dari Jepun.

Apa pun kejayaan yang dikecapi tidak membuatkan Proton leka dan tidak mengambil kira kepuasaan pengguna untuk ‘road car’ mereka. Pastinya sebagai rakyat Malaysia yang rata-rata hanya mampu membeli Proton, pastinya mereka mahukan kereta-kereta Proton setaraf dengan pengeluar lain. Justeru, para jurutera Proton haruslah lebih peka dengan produk mereka. Styling amat penting dan dilihat kebanyakan kita mahukan kereta yang mempunyai rekaan yang menarik. Diharap model terbaru kali ini tidak menghampakan lagi.



Added to portal by Banduan - December 07, 2011, 02:23:00 AM


Sasaran pasukan Proton R3 untuk merangkul kejuaraan di tempat pertama dalam perlumbaan Sepang 1000KM (S1K) yang berlangsung kelmarin tidak kesampaian. Pasukan Proton R3 melalui jentera R3 Satria Neo hanya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 keseluruhan dan juga di tempat ke-4 dalam saingan Kelas 2 hasil gandingan pemandu Syafiq Ali dan Syahrizal Jamaludin.

Pemandu berpengalaman Proton R3 iaitu Faidzil Alang dan James Veerapen kurang bernasib baik pada edisi ketiga S1K kali ini apabila jentera R3 Gen2 yang dipandu mengalami kerosakan dan memaksa mereka menamatkan perlumbaan selepas 4 jam 30 minit di pusingan yang ke-96. Faidzil Alang yang baru saja dinobatkan sebagai juara dalam perlumbaan Kejuaraan Super Siri Malaysia merupakan antara pelumba pilihan untuk mendahului senarai pemenang.

Perlumbaan S1K kali ini disertai seramai 28 pemandu dan mempunyai dua kategori khas yang dipertandingkan iaitu untuk jentera di bawah 1600cc (Kelas 2) dan di bawah 1900cc (Kelas 1). Pasukan Type R Racing berjaya menjulang kejuaraan dalam saingan Kelas 2 pada perlumbaan kali ini.

Mengulas mengenai perlumbaan, Ketua Pasukan R3 dan Proton Motorsports Datuk Abdul Razak Dawood berkata, mereka tetap gembira apabila berjaya menduduki tempat ke-4 dalam perlumbaan yang serba mencabar ini. Walaupun agak kecewa apabila salah sebuah jentera R3 terkeluar daripada perlumbaan lebih awal, beliau beranggapan perlumbaan di litar seringkali menghasilkan keputusan yang tidak dijangka.

Tambah beliau lagi, Pasukan R3 telah berlumba dengan baik dan mereka akan kembali pada musim 2012 dengan persediaan lebih rapi hasil beberapa data teknikal baru yang diperolehi.

John Chacko, Pengarah Penjenamaan Kumpulan, Pemasaran dan Motorsports, turut beranggapan keputusan di tempat ke-4 masih lagi hebat, apatah lagi apabila berjaya menamatkan perlumbaan sehingga ke garisan penamat. Tambahnya lagi, mereka turut berbangga apabila lebih daripada separuh penyertaan menggunakan kereta keluaran Proton, membuktikan ciri ketahanan dan sporty yang ada pada kereta buatan tempatan itu.

Ujar beliau lagi, Proton akan kembali dalam perlumbaan nasional tahun depan dan sentiasa komited untuk memenangi semua perlumbaan yang disertai.



Added to portal by Banduan - December 07, 2011, 01:19:07 AM


PROTON finished the 2011 Malaysian Super Series Championship (MSS) as champion in the 1.6 Touring Car Category. Driver Faidzil Alang drove a textbook race in the fifth and final round of the season at the Sepang International Circuit to clinch the coveted title behind the wheel of a Satria Neo.

PROTON team mate Syafiq Ali in the Proton Gen2 sealed a PROTON 1-2 in the championship with the two drivers concluding what has been a dominant performance all year long.

An all-PROTON front row dominated the final 10-lap race of the year with the younger Syafiq starting from pole position, just 0.037 seconds ahead of the more experienced Faidzil.

“The results today conclude what has been a triumphant year for PROTON in motorsports, particularly for the Satria Neo that has excelled in both circuit racing and international rallying,” said PROTON’s Director of Group Marketing and Branding John Doody Chacko.

“It’s phenomenal that PROTON’s commitment to be better is now beginning to translate into excellence and this is a tremendous boost in supporting our efforts to enhance brand awareness and acceptance on the domestic, regional and international fronts.”

He added that the Satria Neo’s solid performance in 2011 has helped to successfully establish a strong foundation for PROTON in international motorsports.

Meanwhile, Head of PROTON Motorsports Datuk Abdul Razak Dawood said: “We’ve done very well in the Asia Pacific Rally Championship winning all the 8 major individual titles. We are now focussing on our R3 Racing team and after completing all the 5 rounds of the MSS and fininishing 1-2 in the championship, we are now in our final phase of preparation for the Sepang 1000km or S1K next week. We’ve completed most of the development work and the emphasis next week will be on endurance.”

The team has tested the potential drivers and will be announcing the driver line-up for the race next week.

p/s : Tahniah kepada pasukan Proton. Satria Neo dan Gen2 memang superb, mempunyai ciri-ciri sebuah kereta perlumbaan sebenar.

Sumber : Proton Holdings Berhad



Added to portal by Banduan - November 29, 2011, 12:02:05 AM


SUBANG JAYA, 16 November 2011 – Sukan permotoran rali telah memberikan pencapaian yang cukup bermakna buat syarikat pembuat kereta nasional Proton Holdings Berhad apabila berjaya mendominasi perlumbaan bagi musim 2011, seterusnya merangkul dua gelaran utama pengeluar dan pemandu dalam Kejuaran Rali Asia Pasifik (APRC 2011).

Berjaya mengatasi jentera hebat dari Mitsubishi dan Subaru, Proton Satria Neo S2000 menang empat pusingan daripada enam pusingan APRC musim ini. Bukan itu saja, Proton juga berjaya merangkul lapan gelaran individu utama untuk menjadikannya pengeluar kereta pertama yang berbuat demikian dalam kejuaraan rali tersebut.

Ini merupakan kemenangan pertama Proton dalam tempoh tujuh tahun. Pemenang tiga kali APRC dalam tahun 2001, 2002 dan 2004, Proton kembali beraksi dalam musim penuh APRC 2010 dengan merangkul kejuaraan di tempat kedua dalam kategori pengeluar.

“Ianya merupakan tahun luar biasa bagi kami dalam persaingan kali ini,” Pengarah Urusan Kumpulan Proton Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata sambil merujuk kepada falsafah syarikat yang sentiasa berusaha menjadi lebih baik “Committed to be Better.”

Proton dalam awal tahun ini telah bekerjasama membangunkan model Satria Neo untuk sukan rali dalam Group N bersama-sama syarikat tuner terkenal CUSCO dari Jepun untuk dijual kepada pasukan rali di sana yang mengambil bahagian dalam kedua-dua perlumbaan APRC dan Japanese Junior Rally Championship. Dan pencapaian yang paling bermakna ialah itu merupakan kereta rali pertama keluaran syarikat automotif negara dan Proton yang dibuat khusus untuk sukan rali di Jepun.

“Selain mendapat faedah dari promosi, ianya adalah sasaran Proton untuk mencatatkan kejayaan dan pemindahan teknologi dari sukan permotoran untuk model kereta baharu pada masa depan,” ujar Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin.

“Sukan permotoran merupakan platform paling berkesan dari segi kos untuk mendapatkan jumlah penonton yang ramai dan kami percaya ianya menawarkan nilai dan pulangan hebat dalam pelaburan yang dibuat. Penglibatan Proton bukan saja bertujuan untuk mengesahkan kehadiran kami di rantau ini dengan cara yang lebih berkesan, tetapi direka sebagai permulaan untuk setiap produk masa depan kami,” tambah Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin lagi.

p/s : Menurut blog Paultan, Proton mungkin akan mengeluarkan model edisi istimewa Satria Neo berwarna kuning dengan prestasi hebat sempena kejayaan Proton dalam APRC 2011. Jika betul, kita semua boleh menyaksikan Satria Neo edisi APRC pada suku pertama 2012 nanti.



Added to portal by Satria Neo Club Team - November 22, 2011, 02:55:06 AM


Agak menarik dunia permotoran tanah air bulan ini, banyak foto-foto spyshot terbaru yang agak menggemparkan telah didedahkan di dalam internet. Nampaknya apa saja perkara berkaitan Proton sentiasa menarik perhatian ramai, terutamanya berkaitan perihal pelancaran model terbaru atau pun sekadar model facelift @ naik taraf.

Seperti orang lain, saya juga masih ternanti-nantikan tarikh rasmi pelancaran model naik taraf terbaru Proton Exora Turbo dan Saga FLX 1.6 SE. Tetapi sehingga kini Proton masih belum membuat pengumuman rasmi bila kedua-dua model itu akan dilancarkan. Menurut laporan dari CBT, pelancaran tersebut mungkin akan diadakan pada pertengahan Disember depan.

Terkini dan terhangat, bocor lagi gambar spyshot Proton Exora versi turbo yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menurut laporan dari blog Funtasticko Design, model Exora yang akan dilancarkan itu sudah diberi nama baru Proton Exora Bold. Kenapa Proton meletakkan nama Bold tidak diketahui pula walau pun saya rasa agak kurang berminat dengan nama itu.

Kemudian laman web CBT pula hari ini mendedahkan foto spyshot terbaru Proton Saga FLX 1.6 SE yang berada di sebuah tempat meletak kereta, dua model berwarna putih dan merah yang diletakkan bersebelahan dan masih disembunyikan kit badannya dengan tape hitam (camoflaged). Melihat kepada foto-foto tersebut, dipercayai Saga FLX 1.6 SE kini tampil lebih sporty dan cukup bergaya.

p/s : Harap pihak Proton boleh mengeluarkan kenyataan rasmi tentang pelancaran Exora Bold dan Saga FLX 1.6 SE. Hasil pemerhatian saya di depoh simpanan kenderaan baru Proton, model Exora CPS dan Saga FLX 1.3 liter kian berkurangan, bermakna ianya akan digantikan dengan Exora Bold dan Saga FLX 1.6 SE dalam masa terdekat.



Added to portal by Satria Neo Club Team - November 22, 2011, 02:44:02 AM


Proton MD mengetepikan khabar angin yang mengatakan Satria Neo sudah dihentikan pengeluarannya oleh beberapa pihak dengan membuat kenyataan rasmi yang dilaporkan oleh star-motoring. Menurut beliau, pengeluaran Satria Neo akan dipindahkan dari Tanjung Malim ke Shah Alam dan bukan dihentikan. Buat masa ini hanya Savvy sahaja yang sudah dihentikan dan Gen2 juga akan dipindahkan ke Iran.

Beliau juga amat berbangga dengan kejayaan Satria Neo S2000 yang memenangi 4 dari 6 pusingan rali APRC dan berjaya mengalahkan Mitsubishi Lancer Evolution serta Subaru Impreza WRX.

P/S: Sebenarnya, khabar angin itu datang dari Proton punya sales advisor sendiri untuk menarik pelanggan yang di atas pagar. Ini tidak baik kerana mereka sepatutnya berkomunikasi dengan plant untuk maklumat terkini dan bukannya bertindak sendiri. Sudah sampai masanya Proton membuat ‘cleaning’ untuk SA yang tidak mematuhi peraturan.


Saya tertarik dengan kenyataan terbaru Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam suatu majlis yang diadakan bagi meraikan kejayaan Satria Neo dalam APRC 2011 kelmarin. Seperti mana dilaporkan oleh BERNAMA, Syed Zainal mengatakan pengeluaran model Satria Neo masih diteruskan seperti biasa dan menafikan laporan pemberhentian pengeluaran model itu.

Menurutnya lagi, pengeluaran Satria Neo cuma dipindahkan dari kilang Tanjung Malim ke kilang mereka di Shah Alam. Dalam kenyataannya itu juga beliau telah mengesahkan model supermini Proton Savvy akan dihentikan jualannya, selain menghentikan pengeluaran model Gen.2 dari pasaran domestik. Proton ketika ini sedang berunding dengan rakan niaga mereka di China dan Iran untuk memasang model Gen2 di sana.

Namun bagi saya, walaupun Syed Zainal telah menafikan pemberhentian pengeluaran Satria Neo, saya dapati kenyataan tersebut mungkin hanya terpakai untuk tahun ini sahaja. Dalam laporan sebelum ini yang dipetik dari Laporan Tahunan Proton 2011 (2011 Proton Annual Report), selain Gen2 dan Savvy, pengeluaran Satria Neo turut akan dihentikan pada tahun fiskal seterusnya.

Berikut ialah petikan dari Laporan Tahunan Proton 2011 ;

    For the next fiscal year, the production of Gen.2, Savvy and Satria Neo will cease. This is to make way for the production of our new first global car, the replacement for the Persona. Although the current Persona model still commands a respectable volume, the company has formulated new replacement models as a refreshed effort not only to improve product but also as a means to increase the capabilities of our people.

Atau mungkin juga perancangan semasa Proton telah berubah melihat kepada kejayaan Proton Satria Neo S2000 dalam APRC 2011 yang merangkul kejuaraan penuh musim ini. Jadi apa salahnya pengeluaran Satria Neo diteruskan untuk sekurang-kurangnya setahun lagi. Bagi saya Satria Neo merupakan salah sebuah model sport terbaik keluaran Proton, sayang juga kalau kitaran hayatnya akan berakhir dalam masa terdekat.



Added to portal by Satria Neo Club Team - November 21, 2011, 08:16:59 PM

Pages: [12 3 4 

 Last Topics -

newbie here 
Last update: alifaizat  - May 06, 2014, 04:11:58 PM
Newbie intro 
Last update: rezazahedi  - April 13, 2014, 12:31:23 PM
Gearbox swap campro 1.6 
Last update: zhafri19  - February 25, 2014, 02:03:47 AM
Helooo everybody newbie disini  
Last update: djsara  - February 24, 2014, 11:19:27 AM
assalamualaikum 
Last update: zharif72  - February 12, 2014, 11:30:50 AM
Sabah Neo Owners 
Last update: iamjs  - February 07, 2014, 03:11:01 PM
Terengganu Neo Owners - Ganu Kiter!!! 
Last update: adz-one  - January 28, 2014, 12:45:49 PM
REGISTRATION & STICKER COLLECTION,.,. 
Last update: apikkullah  - January 20, 2014, 02:11:42 AM
Dashboard evo 4 
Last update: chilie  - January 05, 2014, 12:13:36 AM
intro me 
Last update: chilie  - January 04, 2014, 11:44:30 PM
Salam pengenalan 
Last update: chilie  - January 04, 2014, 11:17:26 PM
[Pic] TT Kemaafan 24/08/2011 
Last update: chilie  - January 04, 2014, 11:05:12 PM
nak tahu color code apa yang dalam gamba ni? 
Last update: chilie  - January 04, 2014, 10:53:56 PM
Clarita Garc signifiant Aranda 
Last update: yE6xX6bY8q  - December 13, 2013, 07:04:20 AM
Candid Picture 
Last update: yE6xX6bY8q  - December 13, 2013, 07:04:07 AM

 Random User -

  *  den
      • User ID : 455
      • Reg. Date : February 29
      • Last Active : April 06
      • Total Post : 1

  *  kamarulzaman hj hashim
      • User ID : 783
      • Reg. Date : October 09
      • Last Active : October 09
      • Total Post : 0



 Events & Birthdays -

August 2014
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Birthdays
at4p (30)

Persatuan Pemilik Kereta Proton Satria Neo Malaysia 2011©SatriaNeoClub Team All rights reserved
admin@satrianeoclub.com.my contact 0198654189
Back to top